Wednesday, May 4, 2011

Kenapa setiap Manusia Sering Mengimpikan Sesuatu Yang Indah????

Aku.. kau.. dia... dan semua orang sering mengimpikan sesuatu yang indah.... namun takdir masih belum berpihak kepadaku....

Aku sering di uji, tapi aku pasrah. Aku sedar yg aku hanya hambaNya, namun jauh di sudut hati aku terus berdoa dan berdoa agar apa yang ku hajati akan tercapai sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku....

Makin aku cari... makin aku hitung... makin aku rasakan ianya jauh dari aku. Benarlah agaknya kata org, jangan terlalu asyik nanti apa yang kita nak akan dapat yang bertentangan. Hmmmmm......

Tapi... korang nak tau... apa pun aku akan sentiasa tersenyum dan ingat pada Nya. Aku yakin Dia sayang aku, Dia sengaja menguji aku. Sebab Dia tau aku ni dah di kurniakan sifat sabar. Jadi Dia saja nak uji aku, sejauh mana kesabaran aku dan keyakinan aku terhadapNya..

Terima kasih ya ALLAH...
kerana hari ini kau masih membenarkan lagi untuk aku menyedut udaraMu...
Terima kasih ya ALLAH
kerana memberi ke izinan untuk aku membesarkan anak-anakku dan menjaga mereka...
Terima kasih ya ALLAH
kerana mengurniakan aku sifat sabarMu ini...
Terima kasih ya ALLAH
Kerana aku masih sihat dan kuat untuk bekerja bagi melaksanakan amanahMu ini...

Sesungguhnya...
aku begitu kerdil di sisiMu ya ALLAH....

Tolong izinkan aku untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan bahagia bersama anak-anak dan keluargaku..
izinkan aku ya ALLAH...

......


amin....

No comments:

Post a Comment